Friday, June 15, 2007

Kandang kami di Bt 18, Jalan Hulu Langat

Inilah rupa kandang kami yang terletak di Bt 18, Jalan Hulu Langat. Selepas Pekan Bt 18, sila menghala ke jalan menuju ke Air Terjun Gabai.

Kandang ini berukuran lebih kurang 40x70 kaki.





Sebahagian daripada kambing Jamnapari yang kami ada di kandang.








Buat masa sekarang kami mengunakan rumput Napier atau yang lebih dikenali sebagai rumput gajah. Rumput ini dikatakan mempunyai kandungan protien yang tinggi. Nama sainsnya ialah Pennisetum purpureum.

Ini gambar rumput yang kami tanam. Boleh sesat dalam rumput tu sebab tinggi sangat.





Sebab nak pelbagaikan makanan kambing ... macam kita lah juga. Nak juga bertukar makanan. Jadi kami sediakan "silage". Nak gambar dia. Ada.





Kepada sesiapa yang berminat nak beli silage ni pun kami boleh sediakan.


Catatan: 15th June 2007

Pengalaman semasa di Surabaya ..... di mana semuanya bermula ... Jamnapari oh Jamnapari

Kami 4 sekawan bersama rakan2 Indonesia. Sayang enggak bisa ngomong Jawa. Kalau tidak nyaman. Mana tidak nya, kami semua set-set Kelate dengan Ganu jer.

Keselamatan mesti dijaga. Rizal, Hafidz and Budi menerangkan langkah-langkah keselamatan. Van yang kami sewa dipandu oleh Pak Teguh. Jadi tak risau sebab dia kan Teguh.

Ini jer? Sangkaan kami terpesong apabila ingatkan kandang kambing disana sebagaimana yang biasa kita lihat di tanah air. Siapa kata perlu buat kandang beribu-ribu sebelum dapat berjinak-jinak untuk membela kambing. Satu konsep yang kami ingin perluaskan bila kembali ke tanah air. Hajat dihati ingin membantu atau melibatkan diri dalam usha kerajaan membantu membasmi kemiskinan dan menjayakan Rancangan Malaysia ke-9 . Bila kami teringat Yayasan DiRaja Sultan Mizan Terengganu, kami bertekad untuk berkerjasama. InsyaAllah.


Pak Dayat (Hidayat) menceritakan sedikit sebanyak operasi ternakan kambing Jamnapari. Beliau merupakan ketua/kepala kepada gugusan penternak yang mendapat bantuan pemerintah. Lega rasa hati dapat berkenalan dengan Pak Dayat. Mudah berbincang dengan beliau.


Rizal bersama Jamnapari. Tengor lebatnya bulu ... Jamnapari, bukannya Si Rizal tu .


Kawe pun nak bergambar e'tek. Boleh kira juga tinggi Jamnapari ni. Ke mu tak cukup tinggi Hafidz oi...
Sessi "Catwalk" model Jamnapari bermula. Kami nak pilih yang terbaik sahaja. Pakar kita Khairul yang menjadi jurupilih dan juga perunding tawar menawar. "Rookie" yang tepi pagar tu baru nak belajar. Nasib baik yang betina tu ada kantung susu. Dapat juga membezakan jantan dengan betina.

Pada pagi ketibaan kami, ada seekor ibu Jamnapari beranak 3. Resiki Pak Dayat la ni.


Kamal dengan salah satu anak kembar Jamnapari berusia 1 hari. Tali pusat pun tak tanggal lagi. Tulah untungnya ada pakar O&G ni.

Jamnapari yang menunggu masa untuk dipinang. Kami tengor dan pilih satu persatu. Rakan-rakan kongsi pun dapat belajar sama berkenaan cara menentukan kualiti dan anggaran usia kambing.
Urus niaga sedang berlangsung. Pilih baka yang terbaik dan pada harga yang terendah. Kami ingin memastikan bakal pembeli kami dapat baka yang terbaik pada harga yang berpatutan.
Tengah berunding pun sempat lagi 2 Jamnapari jantan menunjukkan belang. Nampak garang tapi kami tetap terkejut dengan kejinakan kambing Jamnapari.
Di salah satu rumah penternak kambing Jamnapari. Di sana berkesempatan merasai satay dari daging yang baru disembelih. Rizal dan Kamal tu teringat orang rumah ke?

Cubaan untuk berkenalan dan buat mesra dengan Jamnapari ... Tapi yang ini tidak dijual pulak. Lain kali harapnya dapatlah.
... ini dah kira teman tapi mesra ...
Perbincangan untuk memindah dan urusan pengangkutan kambing Jamnapari dari Surabaya ke Tanjung Balai di Sumatera. Proses mengambil masa 5 hari 5 malam untuk membawa kambing ke pelabuhan terdekat dari Malaysia.

Akan datang: Kuarantin di Sepang.
Catatat: 16th June 2007